Thursday, December 18, 2008

Minyak bawah AS$40 satu tong


HARGA minyak mentah global susut mendadak ke bawah paras AS$40 satu tong buat kali pertama dalam tempoh lebih empat tahun semalam, susulan kebimbangan penurunan permintaan ekoran kegawatan ekonomi global, khususnya di negara maju.

Penurunan ketara itu juga berlaku di sebalik jaminan Opec untuk mengurangkan pengeluaran bagi mengimbangi kelembapan permintaan dan mempertahankan harganya daripada terus susut. Lazimnya, penurunan mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) akan merangsang harga komoditi diniaga berasaskan mata wang itu, namun kejatuhan dolar AS semalam kepada 87.75 berbanding yen, paras terendah dalam tempoh 13 tahun juga gagal mengekang kejatuhan harga minyak.
Di sebalik, kejatuhan harga minyak mentah ia turut menjejaskan harga minyak sawit mentah (MSM) susulan jangkaan penurunan permintaan ekoran fungsinya sebagai antara komponen penghasilan biofuel. Penanda arasnya, kontrak MSM Februari susut 45 mata kepada RM1,543 satu tan semalam. Harga komoditi utama itu susut lebih 60 peratus sejak merekodkan paras tertinggi RM4,330 satu tan pada 4 Mac lalu.
Punca:
  1. Penurunan drastik harga bahan api global tercetus susulan kebimbangan berterusan berhubung penurunan permintaannya dijangka berkurangan ekoran kemelesetan separuh daripada negara global.
  2. Ekonomi AS, Eropah dan Jepun selaku pengguna minyak terbesar dunia kini bergelut dengan kemelesetan.
  3. China mengalami penurunan ketara dari segi pertumbuhan ekonominya.
  4. Kelembapan aktiviti ekonomi global menjejaskan permintaan minyak, mencetus ketidakseimbangan dari segi pengeluaran melebihi permintaan, sekali gus memberi kesan ketara kepada harganya.
Harga minyak rendah peringkat global itu dijangka berkekalan untuk jangka sederhana susulan ramalan pemulihan semula ekonomi dunia yang hanya berlaku menjelang 2010-2011.

2 comments:

Zureen said...

haa. minyak global dah turun, minyk kat msia ni takkan turun 1.80 jer seliter. maner aci..

cikceriacorner said...

eheehe..wahhh..hopefully...trunla minyak byk...jadi singgit aje 1 liter..ehhehe..kat brunei bru 30sen seliter..