Tuesday, December 16, 2008

Beli tudung senang pakai


tadi, pergi la membeli tudung ala2 ekin mawi di maju junction. tak sangka plak dah banyak tudung klon tu dijual. mula2 ariani jakel yg memperkenalkan tudung tu. tapi, tak harga tak hengat. punya la mahal Rm129 juz for tudung. yang pelik tu, masa raya tu ramai pula yg membelinya. almaklum lah. masa tu kan pisang goreng lagi..

tp, skrg ni, tudung mcm tu dah banyak sgt dijual di merata2 tempat. 1st yg nampak klon dengan stail yg sama n material lebeh kurang la, kat uptown tapi dijual dengan harga RM45. bagi orang seperti saya yg memang suka tudung tak perlu digosok n juz sarung dah look very nice n neat, memang tercari2 tudung yg sebegini. tapi, tetap la berkiranya if nak kuarkan rm45 juz for a tudung. baik beli baju dah siap sepasang,.hehe

sekarang ni, dunia dah maju. zaman dah berubah. semua orang nak cepat jer. nak buat apa pun, kalau boleh tekan button, tekn jer, tak yah jalan n cari2 lagi nak buat itu ini. mulalah menjadi malas,

tapi, bila fikirkan balik, bukan malas yang menjadi alasannya but mudah dan cantik. that's all. tak payah susah2 nak menggosok lagi. dapat jugaa jimatkan bil elektrik. ye dak.

apa-apa pun, semua terserah pada selera masing2. kalau ada yang gemarkan fesyen rabbani atau wahida ke, bienda ke, ekin mawi ke, 'tepuk dada..tanyalah selera'. duit masing-masing,kan. cumanya, pesan saya, janganlah kita terlalu membazir sebabkan nak barang cantik sanggup membeli dengan harga yang mahal, walhal boleh dapat benda yang sama dengan harga yang murah di tempat yang lain. yang penting, kalau malas menggosok, janganlah pul malas mencari..

renung2kan...

2 comments:

cikceriacorner said...

heheheh..skrg ni trend tudung ni plak..setelah tudung manjalara n bawal da kureng mendpt sambutan.hehhe

Zureen said...

senang & murah plak tu. dah tu pula cantik. sapa la yang tak mahu nampak cantik,kan. zaman dah berubah,...dunia dah maju. lepas ni tak tahulah jenis tudung apa la pula yang keluar. tunggu dan lihat...