Tuesday, December 30, 2008

untungnya jadi orang terengganu

Kalau berkunjung ke terengganu, mesti terbayangkan keropok lekor, batik, sutera, penyu dan masjid terapung. tapi, sekarang dah ada benda baru. tambah lagi lah produk pelancongan terngganu. sekarang dah ada monsoon cup, taman tamadun islam, masjid kristal, world endurance tournament, dan macam2 lagi. waahh.. terengganu dah 'soho' la di persada dunia. mawi kata 'world' ..

dulu lain..sekarang dah lain.. seronok kan orang terengganu sekarang. semua ni hasil pentadbirng kerajaan sekarang yang memerintah Terengganu. orang Terengganu patut bersyukur dengan nikmat ni. orang jawa kata 'rejeki'..kemewahan pembangunan dapat bagi peluang yang melimpah ruah kepada masyarakat terengganu. especially, peniaga2 terengganu yg rata-ratanya kaum bumiputera.

so, korang bila lagi nak datang ke sini. feel d great journey and good experience here. walla!

Thursday, December 25, 2008

Acheh dah Laksanakan Hudud..Malaysia?

Saya Baru tahu rupanya sebahagian besar kawasan di Aceh telah menjalankan undang-undang jenayah syariah. Saya terlihat foto di atas ketika membuka web zaharuddin.net. Mula-mula ingatkan hanya demo. Tetapi setelah diselidiki ia memang realiti. bukan olok-olok punya.Perkara ini telah berjalan lama. Sebenarnya, sejak tahun 2001 lagi, kerajaan Indonesia telah memberikan kebenaran kepada wilayah Aceh untuk menjalankan undang-undang syariah Islam.




PELAKSANA hukuman sebat menjalankan hukuman itu ke atas seorang lelaki yang didapati bersalah kerana berjudi di halaman Masjid Agung Bireun, Aceh


Cuma saya sedang mencari maklumat tentang sejauhmanakah pelaksanaan undang-undang itu memberikan kesan terhadap pengurangan kadar jenayah dan maksiat di Aceh.Secara rasionalnya, jika kita lihat pada gambar di atas, ianya memang akan memberikan kesan yang mendalam kepada si pelaku dan masyarakat yang menyaksikan pelaksanaan hukuman tersebut. Apa tidaknya. Di sebat di khalayak ramai.


Walaupun bilangannya sedikit, namun ianya lebih sakit dan mendalam dari denda RM 2000 atau penjara 2 bulan.Allah Taala maha mengetahui hikmah di sebalik hukuman (hudud) yang telah diwahyukan kepada manusia. Semuanya ada rahsia yang tersirat dan tersurat. Tapi manusia ni degil, sombong dan jahil. Tidak mahu ikut walaupun tahu itu adalah perintah dan arahan Penciptanya. Kesannya, jenayah semakin meningkat.

Gejala sosial di dalam masyarakat tidak mampu dikawal. Dunia jadi kejaran. Akhirat entah ke mana. Lupa tujuan asal kejadian yang telah Tuhan tetapkan. Yang dipegang dan dipertahankan adalah dustur Lord Reid ciptaan insan.Aduhai manusia, kembalilah kepada jalan Tuhan. Quran dan Sunnah Itulah yang semestinya jadi pedoman dan ikutan.

Berikut saya lampirkan berita bertarikh 24 jun 2005 untuk siapa-siapa yang tidak lagi membacanya :

JAKARTA 24 Jun - Undang-undang Indonesia hari ini mencatat sejarah apabila hukuman sebat dilaksanakan ke atas 15 orang yang melakukan kesalahan berjudi berdasarkan syariat Islam yang mula dikuatkuasakan di Aceh. Hukuman bersejarah itu dilaksanakan selepas solat Jumaat di halaman terbuka Masjid Agung Bireun, kira-kira 350 kilometer dari Banda Aceh disaksikan kira-kira 2,000 penduduk setempat dan mendapat liputan meluas media massa.

Atas alasan kesihatan, baki 11 lagi tertuduh akan menjalani hukuman di halaman masjid di daerah masing-masing pada waktu yang belum ditetapkan lagi. Kesemua mereka yang kebanyakannya petani dan peniaga kecil ditangkap semasa sedang berjudi dalam tempoh beberapa bulan ini, sejak undang-undang syariat dikuatkuasakan.

Mahkamah Syariah Bireun mendapati mereka bersalah dan menjatuhkan hukuman sebat di antara enam dan sepuluh kali berdasarkan Peraturan Daerah No. 13 Tahun 2003 Tentang Perjudian..Sebelum disebat, identiti dan kesalahan tertuduh dibacakan untuk memberi ingatan kepada orang ramai yang berpusu-pusu di halaman masjid supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Selepas menjalani hukuman sebat itu, mereka dibebaskan dan menerima bungkusan hadiah serta dipeluk oleh para pegawai agama dan daerah yang menghadiri majlis tersebut..Mengikut peraturan hukuman sebat, rotan yang digunakan berdiameter di antara 0.75 hingga 1 sentimeter dan panjang 1 meter dengan sebatan tidak sehingga menimbulkan luka.

Hukuman rotan bagi kesalahan berjudi dan berkhalwat ini mendapat kecaman beberapa organisasi hak asasi manusia yang menyifatkannya tidak berperikemanusiaan dan merendahkan darjat manusia. Pelbagai pihak juga mendesak agar hukuman sebat turut dikenakan terhadap kesalahan lain khususnya yang menimbulkan kerugian kepada negara seperti rasuah dan menyelewengkan wang kerajaan.Kerajaan Pusat Indonesia memberi kebenaran kepada wilayah Aceh menjalankan undang-undang Syariah Islam pada tahun 2001. - Utusan

Wallahu'aalam..

Monday, December 22, 2008

bosannya kerja...

korang pernah tak rasa macam dah bosan sangat bekerja? kadang-kadang rasa nak berhenti jer n round d world bersama orang tersayang and pergi mengembara. tengok negara orang, budaya orang, balik2 boleh terbitkan buku sendiri, sepanjang journey ke tempat2 orang tuu. alangkah seronoknya kalau boleh buat macam tu,kan..

tapi, disebabkan tuntutan hidup, terikat dengan hutng piutang, semua ini hanyalah angn2 jer. kalau nak pergi pun masih dalam status bekerja tetapi apply cuti lerr.

seronok tengok kwn2 yg bekerja sendiri, yg dah berjaya jadi usahawan n tak terikat dengan mna2 polisi and peraturan pejabat yang memeningkan.. duit pun banyak.. boleh ke mana2 sahaja yg disukai. tak perlu pening2 kepala nak pk apply2 cuti ni. tapi..itu mereka.. aku ni?

dah takdir agaknya, hidup terikat dengan kerja mkn gaji sampai ke pencen. tapi, kalau kerje tu menyeronokkan and memang minat aku, tak pe la juga. mcm bidang journaalisme yng aku pernah lalui dulu, memang menyeronokkan. hari2 tak pernah rasa tk nak bekerj. tak pernah rasa bosan sebab ari2 berdepan dengan perkara yang berbeza dan berjumpa dgn ramai org. lagi best, kdg2 tu, boleh jumpa jodoh lagi..masa buat asgnt. who knows..kan..

tapi, alam keseronokan itu, dah berlalu. dengan apa yang ada sekarang, aku redha jer. nak tak nak, kenalah juga buat kerja ni. cuma, seronok dengan tak shj. yang penting aku kena pandai menyeronokkan kerja yg dipertanggungjawabkan.

Sunday, December 21, 2008

Kisah Penjual Tempe



ASSALAMUALAIKUM. ..

bagus kisah nih..bacalah. .sesungguhnya tiada kuasa lain yang dapat menandingi kekuasaan Allas swt..amin

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe danmenjualnya di pasar setiap hari.. Ia merupakan satu-satunya sumberpendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempeyang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siapuntuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenyayang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuhjadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanyabeberapa bungkusan yang lain.

Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belummenjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalamsuasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringatakan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukanperkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat keduatangannya sambil berdoa ,

"Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacangsoya ini menjadi tempe. Amin"Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuantua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan diapun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masihtetap kacang soya.Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurangjelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula danberdoa lagi.

"Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu.Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah matapencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe,Amin"Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikitbungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabilatempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggisudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidakkecewa atas doanya yang belum terkabul.

Walau bagaimanapun keranakeyakinannyayg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barangjualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan mas ak.Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannyake pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannyauntuk berdoa.

"Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku.Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlahkeajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat.Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalamhatinya.Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya.Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi.

Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan denganjarinya setiap bungkusan tempe yang ada.Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihatisinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketikalalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikitkecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilahsatu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe.

Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawatiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara ituhari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudahmula kurang.Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe merekasudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapikenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang.Namun jauh d i sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepadaAllah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itudia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buatkali terakhir,

"Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita."Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belummenjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untukmencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pingaseketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe,tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi.Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat diaberdoa di dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadilagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daunpenutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benartempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukurpada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belummenjadi itu.Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapahendak membeli tempe yang belum jadi?"

Wanita itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkanke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supayaapabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalaudikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudahtidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudahpun dimakbulkan oleh Tuhan...


Moral:
Pertama:
Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktuberdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan danapa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua:.
Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kitasebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yangdipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuaidengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga :
Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Keempat :
Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidakpernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU ,menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan kearah kebaikan.. (",) ....

Friday, December 19, 2008

BAHAYA MICROWAVE OVEN...


Sebelum naik rumah baru, mmg teringin sgt nak beli microwave. Duk 'tenampak2 microwave baru atas kabinet dapur...... heheheee, angan2 mat jenin. then, last week, masa tengah2 belek majalah anis kat library sekolah, mama terpandang satu article... baca punya baca, terlopong skejap, then duk alhamdulillah sorang2, 'nasib baik aku tak beli lagi.... Nak tau pasal apa? ni dia.....



BAHAYA MICROWAVE [WINDOWS-1252? ]OVEN???.



Ketuhar gelombang mikro atau lebih popular dengan nama inggerisnya microwave oven, ialah antara gajet moden yang popular dikalangan para suri rumah dan pengusaha restoran di dunia sebagai jalan pintas menyediakan makanan untuk keluarga dan pelanggan. Ketuhar ini amat popular kerana kecekapannya memanaskan makanan dalam sekelip mata. Lebih-lebih lagi, amat membantu pada bulan puasa, waktu sahur. Para ibu dan isteri hanya perlu masukkan makanan ke dalam ketuhar dan tekan punatnya...nyit. ..nyit... nyit dan tinggg....! Makanan panas sudah pun terhidang.



Justeru, hampir setiap rumah kini memiliki microwave oven. Cara masak melawan fitrah Cara memasak atau memanaskan makanan di atas api atau ketuhar biasa bermula dengan makanan panas di bahagian luar dahulu, kemudian barulah haba masuk ke bahagian dalam. Berlainan dengan penggunaan ketuhar gelombang mikro.



Makanan yang dimasak atau dipanaskan akan menjadi panas di bahagian dalam dahulu, kemudian barulah haba bergerak ke luar. Ini boleh dilihat dengan membakar kentang di dalam ketuhar gelombang mikro untuk satu tempoh yang agak lama, katakan sejam. Walaupun telah dimasak sejam, kentang kelihatan seperti belum masak. Tetapi jika dibelah, tiada apa di bahagian dalamnya melainkan arang! Inilah yang dikatakan cara memasak melawan fitrah. Pastinya sesuatu yang melawan fitrah, lazimnya membawa keburukan..



Ketuhar pengancam nyawa Ketuhar gelombang mikro diperkenalkan pada orang ramai sekitar pertengahan 1950-an. Ketika itu tidak banyak kajian saintifik terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro. Cuma sejak kebelakangan ini barulah pelbagai kajian dan penyelidikan dilakukan terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro kepada kesihatan manusia. Kesemuanya merumuskan bahawa ketuhar gelombang mikro menghasilkan makanan yang sangat bahaya.



Ini agak mengejutkan kerana ketuhar ini baru bersama kita beberapa dekad sahaja. Namun dalam tempoh yang singkat itu, pelbagai penyakit yang berbahaya dan pelik-pelik muncul satu persatu. Ini secara teorinya, menjelaskan penggunaan ketuhar gelombang mikro turut menyumbang kepada meningkatnya pelbagai penyakit yang mengancam nyawa! Tidak hairan jika golongan remaja hari ini, banyak yang diserang sakit jantung, dan orang muda seusia20-an dan 30-an mati menghidap kanser.


Makanan jadi toksik Dalam penggunaan ketuhar gelombang mikro, radiasi elektromagnetik menggerakkan molekul-molekul makanan. Molekul-molekul ini 'dipaksa' berpusing sedangkan kalau memanaskan makanan cara biasa, molekul-molekul ini bergerak dari tepi ke tepi. Keadaan berpusing ini memusnahkan molekul dan kadang kala menyusunnya semula menjadi bahan-bahan toksik yang menyebabkan alahan kepada manusia. Badan tak kenal makanan


Yang dibimbangkan tentang penggunaan ketuhar gelombang mikro, bukan radiasi yang terhasil, tetapi bagaimana ia merosakkan DNA makanan hingga badan manusia tidak kenal bahawa apa yang ditelan itu ialah makanan. Kerana tidak mengenali makanan, badan bertindak menyalutinya di dalam sel-sel lemak sebagai perlindungan terhadap 'makanan mati'; atau badang mengumuhkannya dengan pantas.



Sesungguhnya telah banyak bukti saintifik yang didedahkan oleh saintis akan bahaya penggunaan ketuhar gelombang mikro, para pengeluar tetap mengatakan ia selamat kerana keuntungan yang diperoleh daripada penjualan ketuhar ini berlipat ganda. Penemuan mengejutkan Dua orang penyelidik, Blanc dan Hertel telah mengesahkan bahawa memasak menggunakan ketuhar gelombang mikro, dengan ketaranya mengubah nutrisi makanan. Hertel telah bertahun-tahun menjadi saintis makanan dan berkhidmat di sebuah syarikat makanan Swiss terkemuka.


Dia dibuang kerja kerana mempersoalkan prosedur memproses makanan secara luar tabi'i. Lantas dia bergabung tenaga dan kepakaran dengan Blanc dari Swiss Federal Institute of Biochemistry dan University Institute for Biochemistry. . Kedua-dua saintis ini mengkaji kesan makanan mikro gelombang terhadap lapan individu dengan mengambil darah mereka sejurus selepas mengambil makanan gelombang mikro. Blanc dan Hertel mendapati paras haemoglobin individu-individu ini telah menurun.


Hasil kajian ini menunjukkan orang yang makan makanan gelombang mikro cenderung mendapat anaemia (kekurangan darah). Situasi bertambah jelas pada bulan kedua penyelidikan. Itu baru dua bulan diberi makan makanan gelombang mikro, bagaimana kalau kita memakannya berbulan-bulan, bertahun-tahun? Sepuluh sebab ketuhar gelombang mesti dibuang


Perhatikan fakta hasil kajian klinikal saintifik Swiss, Jerman dan Rusia di bawah ini:



  • Makan makanan yang melalui proses ketuhar gelombang mikro menyebabkan kerosakan otak dalam jangka panjang iaitu ia 'memendekkan' utusan elektrik di dalam otak (depolarizing atau demagnetizing tisu otak).


  • Badan manusia tidak mampu meleraikan (metabolize) bahan makanan yang dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro.


  • Pengeluaran hormon lelaki dan perempuan terhenti dan/atau berubah dengan mengambil makanan gelombang mikro.


  • Kesan makanan gelombang mikro sebenarnya ibarat sisa/sampah di dalam badan manusia.


  • Mineral, vitamin dan khasiat makanan gelombang mikro berkurang atau berubah. Jadi badan kita dapat sedikit sahaja manfaat makanan. Badan kita juga menyerap kompaun-kompaun yang berubah itu, dan tidak dapat meleraikannya.


  • Mineral-mineral di dalam sayuran berubah menjadi radikal bebas yang menyebabkan kanser apabila dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro. Ini antara punca mengapa pengidap kanser meningkat.


  • Makanan gelombang mikro menyebabkan ketumbuhan kanser di dalam perut dan usus-juga menjadi punca meningkatnya penghidap penyakit ini.


  • Makan makanan gelombang mikro berpanjangan menyebabkan sel-sel kanser meningkat di dalam darah manusia.


  • Makan makanan gelombang mikro secara berterusan juga menyebabkan merosotnya sistem imun melalui kelenjar limpa dan pengubahan serum darah.


  • Makanan gelombang mikro menyebabkan hilang daya ingatan, tumpuan, kestabilan emosi dan mengurangkan kecerdikan. Fikirkan... Pernahkah kita terfikir mengapa anak-anak kita hari ini degil, keras dan gelap hati


  • Atau kerap berlaku 'haruan makan anak' serta amalan seks luar tabi'i? Atau pernahkah terlintas di benak fikiran kita, mengapa makin ramai yang cenderung menukar jantina - perempuan mahu jadi lelaki dan yang lelaki mahu jadi perempuan


  • Fenomenanya krisis identiti dan gender kini menular dan semakin menjadi kelaziman. Antara sebabnya ialah kecelaruan hormon di dalam badan yang selain disebabkan makan makanan yang berstatus syubhah, juga berkemungkinan besar berpunca daripada makanan yang ditelan melalui proses gelombang mikro.

Selain pengusaha restoran, siapa lagi yang menghidangkan makanan yang mengancam kesihatan ini kalau bukan kita sendiri? Kitalah isteri, kitalah ibu yang kononnya sentiasa siuk. Maka ketuhar gelombang mikrolah yang kita sandarkan untuk pantas menyediakan makanan keluarga tersayang. Jika di rumah kita ada ketuhar ini dan telah tahu akan bahayanya, hentikanlah penggunaannya. Hanya mereka yang zalim sahaja sanggup menggadai nyawa sendiri dan ahli keluarganya.



Jika anda sedang berkira-kira mahu membeli ketuhar gelombang mikro, lupakan niat itu. Laburkan duit anda itu untuk sesuatu yang lebih bermanfaat untuk kesihatan keluarga. Jangan kita menjadi pembunuh kepada keluarga melalui penggunaan ketuhar gelombang mikro dengan memberi mereka makan makanan yang mengancam nyawa! Terdapat banyak jurnal dan rencana kesihatan dan perubatan yang menjelaskan bahayanya ketuhar gelombang mikro kepada nyawa manusia

Thursday, December 18, 2008

Minyak bawah AS$40 satu tong


HARGA minyak mentah global susut mendadak ke bawah paras AS$40 satu tong buat kali pertama dalam tempoh lebih empat tahun semalam, susulan kebimbangan penurunan permintaan ekoran kegawatan ekonomi global, khususnya di negara maju.

Penurunan ketara itu juga berlaku di sebalik jaminan Opec untuk mengurangkan pengeluaran bagi mengimbangi kelembapan permintaan dan mempertahankan harganya daripada terus susut. Lazimnya, penurunan mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) akan merangsang harga komoditi diniaga berasaskan mata wang itu, namun kejatuhan dolar AS semalam kepada 87.75 berbanding yen, paras terendah dalam tempoh 13 tahun juga gagal mengekang kejatuhan harga minyak.
Di sebalik, kejatuhan harga minyak mentah ia turut menjejaskan harga minyak sawit mentah (MSM) susulan jangkaan penurunan permintaan ekoran fungsinya sebagai antara komponen penghasilan biofuel. Penanda arasnya, kontrak MSM Februari susut 45 mata kepada RM1,543 satu tan semalam. Harga komoditi utama itu susut lebih 60 peratus sejak merekodkan paras tertinggi RM4,330 satu tan pada 4 Mac lalu.
Punca:
  1. Penurunan drastik harga bahan api global tercetus susulan kebimbangan berterusan berhubung penurunan permintaannya dijangka berkurangan ekoran kemelesetan separuh daripada negara global.
  2. Ekonomi AS, Eropah dan Jepun selaku pengguna minyak terbesar dunia kini bergelut dengan kemelesetan.
  3. China mengalami penurunan ketara dari segi pertumbuhan ekonominya.
  4. Kelembapan aktiviti ekonomi global menjejaskan permintaan minyak, mencetus ketidakseimbangan dari segi pengeluaran melebihi permintaan, sekali gus memberi kesan ketara kepada harganya.
Harga minyak rendah peringkat global itu dijangka berkekalan untuk jangka sederhana susulan ramalan pemulihan semula ekonomi dunia yang hanya berlaku menjelang 2010-2011.

Tuesday, December 16, 2008

Beli tudung senang pakai


tadi, pergi la membeli tudung ala2 ekin mawi di maju junction. tak sangka plak dah banyak tudung klon tu dijual. mula2 ariani jakel yg memperkenalkan tudung tu. tapi, tak harga tak hengat. punya la mahal Rm129 juz for tudung. yang pelik tu, masa raya tu ramai pula yg membelinya. almaklum lah. masa tu kan pisang goreng lagi..

tp, skrg ni, tudung mcm tu dah banyak sgt dijual di merata2 tempat. 1st yg nampak klon dengan stail yg sama n material lebeh kurang la, kat uptown tapi dijual dengan harga RM45. bagi orang seperti saya yg memang suka tudung tak perlu digosok n juz sarung dah look very nice n neat, memang tercari2 tudung yg sebegini. tapi, tetap la berkiranya if nak kuarkan rm45 juz for a tudung. baik beli baju dah siap sepasang,.hehe

sekarang ni, dunia dah maju. zaman dah berubah. semua orang nak cepat jer. nak buat apa pun, kalau boleh tekan button, tekn jer, tak yah jalan n cari2 lagi nak buat itu ini. mulalah menjadi malas,

tapi, bila fikirkan balik, bukan malas yang menjadi alasannya but mudah dan cantik. that's all. tak payah susah2 nak menggosok lagi. dapat jugaa jimatkan bil elektrik. ye dak.

apa-apa pun, semua terserah pada selera masing2. kalau ada yang gemarkan fesyen rabbani atau wahida ke, bienda ke, ekin mawi ke, 'tepuk dada..tanyalah selera'. duit masing-masing,kan. cumanya, pesan saya, janganlah kita terlalu membazir sebabkan nak barang cantik sanggup membeli dengan harga yang mahal, walhal boleh dapat benda yang sama dengan harga yang murah di tempat yang lain. yang penting, kalau malas menggosok, janganlah pul malas mencari..

renung2kan...

Tuesday, December 9, 2008

kes penipuan berleluasa


apa nak jadi la..


geram pun ada, marah lagi lah.. tak habis2 timbulkan masalah kat orang lain. ni satu hal..
kes ni terjadi kat aku sendiri. tak pasal2 aku dapat surat lawyer mengatakan aku ada tunggakan bil telefon digi sebanyak rm3675.27. tak terkezut perut dibuatnya? bila masa la pulak aku ni jadi pengguna dg. walhal aku ni lah pengguna setia maxis.
aku apa lgi.. terus buat report polis after call digi centre mengatakan ini masalah fraud. ada some one use my ic yg hilang akibat wallet dirembat sekitar tahun 2004 and register line phone use my name.

alih2 bila org2 tak bertangjwb n tak berhati perut ni tok leh nak byr bil ni, dgn slumbernyer dia letak bulat2 kat si mangsa. n mangsanya of course la aku ni ha. tak pasal2. mana lak aku tak tention.
dah la, nama aku kena block, n mana2 line tepon yg aku nk apply memg tak boleh la coz my name kena block. then, aku kena buat mcm2 prosedur utk clean kan nama aku termasuk turun naik court n so on. cam hampeh tak. menyusahkan betul org2 yg tak berhati perut ni.

yang aku nak berkongsi dgn kawn2 sumer, cer korang bagi pendapat, ada ke patut org2 ni terus wujud dgn berleluasanya tanpa ada pengawasan and org lain yg susah, diorg plak yg senang lenang. pakai jer nama org lain then ko boleh beli and buat apa korang nak tanpa ada sekelumit simpati. tak pk ke apa jadi kat org lain nanti.

sepatutnya, pihak berwajib termasuk pihak berkuasa n jabatan kerajaan berkaitan seperti jabatan pendaftaran negara, blok kan cip ic tu ke, and masa nak register phone tu mesti kena guna cap jari ke, so takde la boleh jadi cam ni.
ni tak, yg maxis ke, digi ke, celcom ke, apa2 la, nak keja untung jer tapi ic yg diberi kalau tak sama muka sah2 la bukan pemilik ic tu kan, terus gak terima. tak ke nak tanya ke, mana dpt ic ke, reject the application ke, alih2 accept jer. dah la memg tak pakai cap jari. ni sumer kena amik pot ni.

aku tak nak la jadi benda2 ni kat sape2 pula. memg dah banyak terjadi. sebabnya, aku p repot polis n digi centre pun slumber jer depa kata memg dah banyak kes mcm ni. so... takkanlah dari dulu takde any action yang diambil beb... ni sudahhh lebeh..

govenment pun sama, takkanlah dah jadi satu musibah baru nak take action. mcm kes tanah runtuh and accident bas yang berlambak2 sgt sekrg ni. suppose before buat any result, mesti ada plan b. maksud aku, mesti ada step by step apa yg perlu dibuat if this and this problem happen. ni tak...main buat jer. asal buat jer. mana leh. bila dah jadi mcm ni.. betul2 menyusahkan org. aku ni haaa... tak pasal2 jadi mangsa. waaaaaarggghhh

apa2 pun, aku menghrpkn komen2 bernas dr u all sumer, supaya sama2 kiter banteras benda ni dari terjadi lagi. ni baru kes kena tipu hp number, kalau kes yg pembelian rumah, kereta, pakai ic korang yg ilang tu, cam ne? kita sebagai pengguna mesti bertindak.


go..go...girl.

Friday, December 5, 2008

Korban ke?

hai kawan2...

tup tap tup tap kejap je dah nak masuk tahun baru,kan. isnin depan jer dah raya haji. bila ingat raya haji, mesti ingat 'korban'. lembu, kambing, kerbau yang jadi korban. tapi, maksud di sebalik 'korban' bukan tu jer. byk interpretasinya.. tapi, mengikut pandangan masing-masing. itu kan hak individu. namun, biar apa pun, janganlah konsepnya 'korban' itu disalah ertikan dan dipesongkan pula. ini tak, ada orang kata korban tu, macam korban kasih, sanggup serah jiwa raga dan bakul utk org tersayang la konon.. gituu lah orang2 kita. apa nak jadi lah.. itu bukan konsep korban yang dimaksudkan di sini. 

bila bercakap tentang korban cuba kita fokuskan korban dari sudut positif. pengorbanan seorang anak kepada ibunya, sanggup berkorban apa sahaja untuk ibu tercinta.. bagi kasih sayang, hormati dia, kalau dah kawin, datang jenguk dia, ambill berat tentang dia dan segala-gala mesti dahulukan dia. berkat hidup. 'syurga kan di bawah telapak kaki ibu'. 

jangan jadi pula seperti pada sesetengah orang lepas kawin jer, lupa pada ibu. berbulan-bulan tak jenguk ibu. patut ke? macam la isteri tu melahirkan kita di dunia, jaga kita masa kecil, sanggup bersengkang mata tak nak bagi anak digigit walau seekor nyamuk pun, namun..kita sebagai anak, lepas kawin jer, lupa pada dia. kesian insan yang bergelar ibu. takkanlah dia nak ckp pula kan..dia terasa hati. sepatutnya, kita sebagai anak-anak ni, dah membesar depan mata dia, faham dia sepenuhnya, apa perasaannya..sama mcmn dia fahami kita.

siapa makan cili dia lah terasa pedasnya...

sama-samalah kita renung2kan.. 

salam aidil adha, maaf zahir dan batin.