Friday, December 5, 2008

Korban ke?

hai kawan2...

tup tap tup tap kejap je dah nak masuk tahun baru,kan. isnin depan jer dah raya haji. bila ingat raya haji, mesti ingat 'korban'. lembu, kambing, kerbau yang jadi korban. tapi, maksud di sebalik 'korban' bukan tu jer. byk interpretasinya.. tapi, mengikut pandangan masing-masing. itu kan hak individu. namun, biar apa pun, janganlah konsepnya 'korban' itu disalah ertikan dan dipesongkan pula. ini tak, ada orang kata korban tu, macam korban kasih, sanggup serah jiwa raga dan bakul utk org tersayang la konon.. gituu lah orang2 kita. apa nak jadi lah.. itu bukan konsep korban yang dimaksudkan di sini. 

bila bercakap tentang korban cuba kita fokuskan korban dari sudut positif. pengorbanan seorang anak kepada ibunya, sanggup berkorban apa sahaja untuk ibu tercinta.. bagi kasih sayang, hormati dia, kalau dah kawin, datang jenguk dia, ambill berat tentang dia dan segala-gala mesti dahulukan dia. berkat hidup. 'syurga kan di bawah telapak kaki ibu'. 

jangan jadi pula seperti pada sesetengah orang lepas kawin jer, lupa pada ibu. berbulan-bulan tak jenguk ibu. patut ke? macam la isteri tu melahirkan kita di dunia, jaga kita masa kecil, sanggup bersengkang mata tak nak bagi anak digigit walau seekor nyamuk pun, namun..kita sebagai anak, lepas kawin jer, lupa pada dia. kesian insan yang bergelar ibu. takkanlah dia nak ckp pula kan..dia terasa hati. sepatutnya, kita sebagai anak-anak ni, dah membesar depan mata dia, faham dia sepenuhnya, apa perasaannya..sama mcmn dia fahami kita.

siapa makan cili dia lah terasa pedasnya...

sama-samalah kita renung2kan.. 

salam aidil adha, maaf zahir dan batin.

2 comments:

cikceriacorner said...

reen..

ibu kite,kite kene syg..jgn pinggirkan ayah n ibu..duit bleh cri..ibu n ayah x bleh cri gantikan..

Zureen said...

itulah hakikatnya.. sampai mati pun mereka tetap ayh ibu kiter... hingga ke hujung nyawa..sayangilah ayah dan ibu