Thursday, March 12, 2009

SAYANG KE?


korang penah tak terpikir,kenapa kadang2 orang yg korang sayang sukerr sangat buat hal? mcm tak tegur korang ke, salah sikit dah merajuk ke, mcm budak2 kan.. umpamaanya tak boleh terima teguran langsung dan egois yang melampau.. sudahnya.. dua2 tak bertegur sapa. elok ke mcm tu?


aku harap sangat la kan, orang2 yang terasa dirinya disayangi, apa kata korang pk balik and renung sedalam2nya, pengorbanan, kegembiraan, keikhlasan, kesetiaan org yg menyayangi u all tu. ni tak, sikit punyer problem, mengamuk tak tentu pasal alih2 boleh putus hubungan. masyaAllah..


punya lah lama nak jaga perhubungan tu, sebabkn benda kecil jer boleh porak poranda. tapi salah siapa? perkara yg sebegini lah perlunyaKOMUNIKASI. discuss sama2 pasangan. luahkan dari hati ke hati. jangan buat tindakan melulu. fikirkan pro and con's sebelum nak buat any result. tak sayang ke masa, tenaga and wang ringgit yg dah habis melabur byk utk org yg tersayang tu?


korang kenang la balik erti KESABARAN yang diLABURKAN utk diri korang tu (saper2 yg terasa dirinya disayangilah).. ingat senang and boleh tahan ke sabar tu? lama2 pun ada limitnya.. manusia, mana ada yg perfect. mungkin 2,3 tahun leh sabar tapi sampai bilaa. who knows? right?


ada orang mungkin mengalaminya. ada orang belum mengalaminya. tapi aku percaya setiap orang akan mengalaminya even its once in a lifetime. tapi, mustahil sekali jer kan. ye lah, bak kta orang selaagi hayat dikndung badan. chewah!!


kalau ada perangai yang mcam ni, SAYANG KE? pasangan anda tu? ye lah.. suker hati nak buat perangai macam tu,kan.. ader ke patut. ingaat la sikit.. orang lain pun ada perasaan. sampai bila nk mkan hati?


aku rasa, sesiapa yang mengalami situasi yang macam ni, korang bagi masa.. dlam hubungan tu.. maaksudnya, buat berbincang then take times untuk recall semua apa yg telah berlaku. mungkin ada betul nya aapa yang disuarakan oleh pasangan anda tu. jangan lah terus2 melenting tak tentu pasal. sampai hubungan retak. tak patot betul..


apa pendapat u all? apa yang patut si mangsa( orang yg dimarah tu) lakukan? and apa pulak yg patutnya sipolan (orang yg tau nak marah pasangannyaa je tu) buat pula?





Monday, March 9, 2009

ReVoLuSi UpIn&IpIn





INSPIRASI Upin & Ipin

Korang tau tak.. revolusi Upin & Ipin banyk beri kesan pada peminat-peminatnya yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. . especially adik-adik kita & tak kurang hebatnya juga dgn kakak2 & abag2nyerr..silap2 ari bulan mak bapak depa pun lebih2 dr anak2 tuu.. heheh.

biarpun mcm tu, ada baiknya juga. seronok bila aku tengok yg dtg penuh panggung tu, mostly famili2..bawa bersama anak2 and tak luper juger tok nenek. maklumlerr cucu2 yg dtg nk tgok tu siap nak bawa tok neneknyer sekali. nenek zmn milennium laaa katakan... huhu



bila bawa famili, ikatan kekeluargaan jadi lebih erat. and mesej2 dr upin&ipin d movie ni gak beri kebaikan pada anak2 kita. tak sangka kan, kutipan filem ni dah menjangkau RM5 juta setelah ditayangkan selama 3 minggu dan mendapat jaminan untuk diteruskan tayangan hingga ke cuti sekolah bagi beberapa panggung yang terpilih. Aku harap semua peminat dapat menyokong filem ini supaya ia dapat mengalah kutipan Jangan Pandang Belakang (RM 5.78 juta) dan Cicakman 1 (RM 5.1juta) dan sekali gus menjadikan ia sebagai No. 1 Box office di Malaysia. Insyaallah!!!...


Yang besnyer lagi, REVOLUSI upin&Ipin ni lah juger yg telah mencetuskan idea kat aku utk buat proposal berkait dgn keje aku kat opis ni. lebih2 lagi bila buka blog dan website upin&ipin. korang nak tau lebeh, korg bukak la sdn blognya di alamat... http://www.upindanipin.com.my/

tetiba jer kepala hotak ni biler tengok grafic cun dr websitenyer and blog terus tercetus idea nak buat interactive web mcm tu. follower toksah nk kata la.. boleh pecah pc tuu.. especially from student2 kat U.

website jabatan yang ada sekrg ni pun ok la gak. but not to interactive utk tarik minat golongan belia and kanak2. kalau gol. dewasa tu maybe la ada, but yg paling bes if web pmr ni dpt tarik minat student2 di malaysia ni. sek rendah, menengh, Univerisiti, kolej dll. coz pengisian dlm pmr ni itself, byk sgt yg berkait dgn course asgnt depa. begitu juger ler utk para cikgu2..

skrg pun visitors pmr dah menjangkau 500 ribu orang. rugiii kalau dibiarkan terus 'ilang'. aku nak depa ni stay kat pmr and bookmark website ni. duit dah melabur byk giler, tapi target belum tercapai lagi.. angka yg besar ni doesn't mean angka ini juger yg kekal jadi peminat setianyer..

so, aper ditunggu lagi. masa tak keja kita. kita yg kejar masa. kalau agak2 dah takde idea tu, korg tengok n download la apa yg patut kat website upin&ipin tuu. semestinyerr ler aku ni peminat no.1 animasi anak tempatan ni. aku banggerrr giler..biler tgok ank tmpatan berjaya terbitkan filem macm ni.. aderr kelllaaassss. yo! anyway, TAHNIAH buat team Upin&Ipin atas usaha keras u guys.. caiyok2!

Monday, March 2, 2009

TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA



Saya kecewa. Di saat bangsa lain henyak maruah MELAYU.


Di saat bangsa lain memperbodohkan MELAYU.


Menghumbankan darjat MELAYU dan Merendahkan maruah MELAYU, masih ada bangsa MELAYU sendiri yang mendewa-dewakan bangsa asing.


Ada bangsa MELAYU lain yang bertepuk tangan melihat bangsanya sendiri dipermainkan. Bangkitlah MELAYU.


Bersatulah MELAYU. Darah kita serupa. Agama kita sama. Lupakan sengketa politik.

MELAYU mesti tetap membela MELAYU.


Tuesday, January 20, 2009

makan gaji atau kerja sendiri?

sudah sebulan lamanya aku di kuala terengganu meninggalkan kerja2 yg bertimbun2 di pejabat. haa..tu diaa. selonggok kertas kerja and kerja2 penerbitan baru kat atas meja aku ni. begitupun, sebagai seorang kakitangan yang bekerja di bawah seorang majikan, apa lagi yang boleh dilakukan melainkan kerja..kerja..dan teruskan bekerja. cukup bulan amik gaji. gituulah..

kadang2 ada juga terfikir untuk bekerja sendiri, jadi businesswoman ke, tapi... mampukah aku? hehehe. bukan tak pernah mencuba.tapi dah kerap mencuba lah aku jadi penangan aku kali ni, dalam bidang perniagaan walaupun kecil2an masih belum menjadi. maksudnya, ada banyak lagi yng perlu aku pelajari selok belok dalam perniagaan.

bukan senang nak jadi senang. sebab itulah untuk menjadi seorang usahwan ni, perlu cekal dan berani tempuhi segala yang mendatang.. kena berani ambil risiko juga. biasanya untuk bulan2 pertama bisnes baru mesti hadapi rugi dulu then dari situ kaji kelemahan and perbaiki dan menjadi success. bagi yang baru2 jer join bisnes tapi terus success it a bonus for you guys.
tapi, jangan terlalu yakin dan bongkak pula. mentang2 dah maju, lupa pula orang di bawah. ingat2lah..kadangkala kita di atas, tapi..cepat juga kita boleh berada di bawah..renung2kan..

bila pk2.. rasanya syok kan kerja sendiri. boleh masuk kerja anytime jer, tak yah nk punch2 kad, xyah attend course and exam.. tau2 bulan2 masyukk... tapi...
persoalannya di sini, mampukah aku meneruskan niat untuk bekerja sendiri atau cukuplah sekadar makan gaji sampai pencen?

Monday, January 5, 2009

Mungkinkah BN Menang Besar?

Hari ini penamaan calon di Kuala Terengganu. Sebelum ni, masa aku berkampung di sini, tak nampak pula betapa ramainya orang Terengganu ni. tapi, hari ni, ramai rupanya. suasananya tak ubah macam ada ekspo JOMHEBOH..punyalah ramai..
tapi..
yang ramainya bukan orang Terengganu kiter. asal dengar dialek nya jer dah tahu itu orang luar..orang KL rata-ratanya.Yang terfikir di fikiran aku, yang ramai orang luar..yang nak keluar mengundi nanti orang terengganu. tapi, apalah gunanya ramai orang luar kalau org terengganu sendiri tidak keluar mengundi. sebbnya penuh di bandaraya pesisir pantai ini dengan org luar.
masalahnya, buat kerja ke? ramainya yang aku tengok, lepak la, borak-borak di kedai kopi dan bergelak tawa.buat kerja ke?? macam manalah orang terengganu nak undi BN. ..

Tuesday, December 30, 2008

untungnya jadi orang terengganu

Kalau berkunjung ke terengganu, mesti terbayangkan keropok lekor, batik, sutera, penyu dan masjid terapung. tapi, sekarang dah ada benda baru. tambah lagi lah produk pelancongan terngganu. sekarang dah ada monsoon cup, taman tamadun islam, masjid kristal, world endurance tournament, dan macam2 lagi. waahh.. terengganu dah 'soho' la di persada dunia. mawi kata 'world' ..

dulu lain..sekarang dah lain.. seronok kan orang terengganu sekarang. semua ni hasil pentadbirng kerajaan sekarang yang memerintah Terengganu. orang Terengganu patut bersyukur dengan nikmat ni. orang jawa kata 'rejeki'..kemewahan pembangunan dapat bagi peluang yang melimpah ruah kepada masyarakat terengganu. especially, peniaga2 terengganu yg rata-ratanya kaum bumiputera.

so, korang bila lagi nak datang ke sini. feel d great journey and good experience here. walla!